Wednesday, December 20, 2017

Pelatih Terbaik





Setiap kali sebelum sesebuah program PLKN tamat, pihak kem akan mengiktiraf Pelatih Terbaik dari keseluruhan pelatih yang telah berjaya menamatkan latihan di kem.


Lebih kurang 5 hari sebelum Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLKN Kumpulan 3 Siri 14 Tahun 2017 diadakan, Pejabat Pentadbiran telah memanggil keempat-empat pelatih terlibat.




Pelatih diminta untuk memberikan maklumat peribadi masing-masing seperti tempat asal kelahiran, anak keberapa dalam keluarga, minat, cia-cita dan sebagainya yang berkaitan.  Maklumat ini diperlukan untuk dibaca oleh Emcee semasa pelatih tersebut berkawad untuk mengambil piala Pelatih Terbaik.


Apa pun, sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pelatih terlibat.  Semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing.



Monday, December 18, 2017

HARI PERTAMA PELATIH MELAPOR DIRI DI KEM PLKN


Assalamualaikum WBT


Entri ini adalah berkisar mengenai suasana pada hari pertama pelatih menjejakkan kaki di kem PLKN ini. 


Suasana seperti ini adalah suasana normal dan rutin di kem setiap kali apabila bakal wira dan wirawati negara melapor diri.


Kesemua gambar di dalam entri ini adalah diambil semasa hari pendaftaran masuk pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 14 Tahun 2017 di Kem PLKN Damai Park Resort Merbok Kedah.


PENDAFTARAN KOMPENI DAN 
PENGAMBILAN NOMBOR BADAN PELATIH



Barisan Jurulatih yang akan memberikan Kompeni kepada para pelatih dan nombor badan masing-masing kepada mereka.

Para pelatih hendaklah mengingati nombor badan masing-masing dan digalakkan menghebahkannya kepada waris. Ini kerana semasa di dalam kem, pelatih akan dipanggil berdasarkan nombor badan serta nama mereka bagi mengelakkan kekeliruan.



Pelatih wirawati sedang ditentukan kompeni masing-masing oleh jurulatih supaya keseimbangan bangsa dan agama wujud di dalam setiap kompeni.  


Kem PLKN Damai Park Resort Merbok mengamalkan sistem 'Nombor Badan' sejak 5 tahun yang lalu iaitu tahun 2012.


TAKLIMAT ASAS PENDAFTARAN MASUK





Taklimat asas selama lebih kurang 10 minit telah disampaikan oleh SSjn Faizal selaku Pembantu Ketua Unit Disiplin di kem ini.


PELATIH DIBERI MASA UNTUK MENGISI DAN MELENGKAPKAN BORANG PENDAFTARAN SEBELUM DIBENARKAN MENDAFTAR



Kelihatan para wira dan wirawati sedang mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran dan menyediakan dokumen yang perlu dihantar semasa berada di tempat duduk masing-masing terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran masuk. 


Justeru itu pelatih adalah digalakkan untuk membawa pen hitam atau biru ke kem bagi tujuan tersebut.


Ini bertujuan untuk melancarkan proses pendaftaran. 


Dokumen Pendaftaran Yang Perlu Disediakan Oleh Pelatih boleh dirujuk di dalam entri INI.


PENDAFTARAN MASUK DIMULAKAN


Kaunter Pendaftaran Lapor Diri Wirawati


Kaunter Pendaftaran Lapor Diri Wira


Terdapat 2 orang staf yang akan menguruskan proses daftar masuk ini masing-masing bagi wira dan juga wirawati.


PEMERIKSAAN KESIHATAN





Pemeriksaan Kesihatan di dalam kem dilakukan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bergred U29 dan U32.  

Para pelatih dan ibu bapa tidak perlu risau kerana anak mereka boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan setaraf dengan klinik kesihatan kerajaan di luar. 


PENDAFTARAN AKAUN BANK






Kaunter Pendaftaran Akaun Bank adalah bagi mendaftarkan akaun bank (Bank Simpanan Nasional) pelatih.  

Pelatih hanya perlu menunjukkan salinan akaun bank milik sendiri bagi tujuan pembayaran elaun mereka kelak kerana mengikuti program PLKN. 

Adalah menjadi tanggungjawab pelatih sendiri untuk memastikan akaun tersebut adalah aktif bagi mengelakkan daripada masalah 'tercicir' atau 'urusan ditolak' daripada menerima elaun masing-masing. Pelatih boleh meminta pihak bank BSN mengemaskini akaun bank mereka sebelum melapor di kem dengan percuma.

Selain itu juga, kaunter ini akan mengambil nama pelatih yang belum mempunyai akaun BSN.  Borang untuk permohonan pembukaan akaun bank akan diberikan serta merta di kaunter ini.  Oleh itu para pelatih yang belum mempunyai akaun bank hanya perlu mengisi borang tersebut dan mengembalikannya ke kaunter beserta 1 keping salinan Kad Pengenalan dalam masa tersebut.

Bagi pelatih yang belum mempunyai akaun BSN, adalah dinasihatkan supaya mempunyai myKad yang masih elok. Ini kerana MyKad akan digunakan semasa proses membuka akaun BSN. MyKad yang telah rosak hendaklah diganti baru di pejabat JPN.  Pelatih boleh berbuat demikian sebelum melapor diri di kem.


PEMERIKSAAN BAGASI





Pemeriksaan bagasi akan dilakukan oleh jurulatih di kem ini. Bagasi pelatih perempuan akan diperiksa oleh jurulatih perempuan dan begitulah juga sebaliknya.

Selesai pemeriksaan bagasi ini, pelatih dibenarkan untuk masuk ke dalan dorm.


Sekian.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




Thursday, December 14, 2017

Entri Pengenalan



KEM PLKN DAMAI PARK RESORT
Merbok, Kedah.




Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Salam 1 Malaysia.


Pertama sekali saya selaku pengasas blog ini ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan ilham/idea kepada saya untuk menghasilkan blog ini.


Sudah tentu blog ini diwujudkan adalah bagi mewakili Kem PLKN Damai Park Resort, Merbok, Kedah.


Blog ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyalurkan maklumat tertentu yang tidak boleh didapati melalui website JLKN.  Oleh itu blog ini diharap dapat memberi kemudahan kepada orang awam di luar sana khasnya bakal pelatih yang akan menjalani program di kem ini dan kepada para waris pelatih amnya.


Blog ini juga diwujudkan bagi mengabdikan kenangan-kenangan manis sepanjang Program Latihan Khidmat Negara berlangsung.


Semoga Bermanfaat!